Saturday 1 April 2017

Sakit Gigi Depan | Kaedah Reflexologi


Sebelum ni gambar yang aku post, untuk sakit gigi geraham kiri / kanan.. patutlah aku buat tak menjadi sebab bukan gusi kat geraham yang bengkak.. sakit membunuh.. terpaksa kembali pada ubat sakit gigi cap graham (kahkah).. Dua hari merana.. Disebabkan kesan ubat, badan jadi lemah..

Kalau sakit kat gigi depan / rahang depan, kepitkan penyepit di jari ibu, telunjuk & hantu.. Buat di kedua - dua belah tangan.. Biarkan sejam gitu.. Sambil - sambil tu, tengok - tengoklah jari tu, kalau jari nak membiru tu, buka penyepit.. InsyaAllah sakit kurang.. kalau sakit kembali, ulang benda yang sama.. tapi jangan lupa, minum segelas air selepas tu..

Alhamdulillah sakit ilang.. Nak gosok gigi sudah mudah.. bengkak saja belum surut, kadang - kadang je terasa ngilu.. Terima kasih ayahanda..  

Tuesday 21 March 2017

Mengatasi Masalah Berdengkur | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 26 FEBRUARY 2017

Beberapa tahun dahulu, seorang hamba Allah yang segar bugar mengejutkan ramai rakan dan kenalan kerana meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta terkemuka bagi mengatasi masalah berdengkur waktu tidur. Ada cara lain yang lebih selamat dan menyelamatkan wang ringgit iaitu dengan memicit pergelangan ibu jari sebelum tidur atau waktu lain. Kaedah ini juga mampu mengatasi masalah sakit leher (susah berpaling).

Sunday 5 March 2017

Seri Wajah & Kesihatan Umum | Kaedah Reflexology


Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 5 MAC 2017
 
Saya harap gambar buruk ini dapat memberi manfaat kepada semua yang rajin memicit - micit muka dan kulit kepala semasa menonton tv atau duduk di tempat lain. Saya paparkan atas permintaan pelawat fb sebentar tadi.
 
 

Wednesday 1 March 2017

Mengurangkan Sakit Gigi | Kaedah Reflexologi

Gusi bengkak, sakit tahap membunuh diri.. Siang tadi main telan je ubat sakit gigi cap graham (kahkah..) Kurang juga sakit, tapi telan dua tiga kali karang berbuih mulut pulak nanti..

Boleh lpula saya terlupa cara ni.. Ini kaedah reflexology, yang ayahanda pernah ajar.. 


Kalau sakit gigi geraham belah kiri, kepit 3 jari (hantu, manis & kelinking) belah kiri.. macam itu juga kalau di belah kanan.. Biarkan dalam sejam gitu. Jari akan sakit juga, kalau sakit sangat buka la kejap pengepit tu.. Lepas tu kepit balik.. InsyaAllah sakit akan kurang..

Sekarang pun, takdelah nak kata terus baik hilang sakit.. Tapi sekurang - kurangnya tak sesakit tadi.. Alhamdulillah.. Terima kasih ayahanda..

Saturday 25 February 2017

Cara Mengatasi / Merawat Resdung | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 10 SEPTEMBER 2016

Resdung berpunca dpd alahan seperti makanan / minuman, kecemaran udara, debunga tertentu, jerebu, asap dan debu. Kurangkan pengambilan animal product seperti lemak daging dan susu yang diproses, sea food tertentu yang tidak fresh, dan lebihkan memakan buah - buahan dan sayuran terutamanya salad pelbagai sayur yang belum dimasak.

Lakukan senaman pernafasan dalam (melibatkan kembang kempis perut).

Setiap hari picit keseluruhan jari-jari kaki hingga ke daerah yang bertanda hitam. Beri lebih tumpuan kpd zone 2 dan 3. Elok juga picit dan tarik ke bawah cuping telinga, tekan dengan hujung jari telunjuk point dibawah hidung dan kiri kanan 'cuping hidung'.


Tuesday 21 February 2017

Cara Mengatasi / Merawat Darah Tinggi / Tekanan Darah Rendah | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 20 AUGUST 2016

Untuk darah tinggi dan tekanan darah rendah kita boleh beri tumpuan memicit
titik-titik tenaga ( 21, 20, 33, 28, 27, 18, 13, 15, 18, 23, 11 ) seperti dalam gambar

Reflex / picit point 21, 20, 33, 28, 27, 18, 13, 15, 18, 23, 11

Sunday 19 February 2017

Sayangilah anak dan diri anda melalui amalan reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 14 FEBRUARY 2017

Assalamualaikum

 Sayangilah anak dan diri anda melalui amalan refleksologi.

9 daerah penting di tapak tangan jika dipicit-picit 2 atau 3 kali seminggu, insya Allah, boleh membantu seseorang bertambah cergas dan mengatasi penyakit malas dan kelesuan.

Bagi orang dewasa ia baik untuk awet muda.

Kanak-kanak yang hyper active boleh berubah menjadi tenang dan yang lembab bertambah cergas.

Daerah berkenaan saya susun menurut kaedah/turutan rawatan ( 33, 35, 36, 38, 28, 18, 43, 13, 15 )

Insya Allah.

Reflex / picit poitn 33, 35, 36, 38, 28, 18, 43, 13, 15