Saturday, 1 April 2017

Sakit Gigi Depan | Kaedah Reflexologi


Sebelum ni gambar yang aku post, untuk sakit gigi geraham kiri / kanan.. patutlah aku buat tak menjadi sebab bukan gusi kat geraham yang bengkak.. sakit membunuh.. terpaksa kembali pada ubat sakit gigi cap graham (kahkah).. Dua hari merana.. Disebabkan kesan ubat, badan jadi lemah..

Kalau sakit kat gigi depan / rahang depan, kepitkan penyepit di jari ibu, telunjuk & hantu.. Buat di kedua - dua belah tangan.. Biarkan sejam gitu.. Sambil - sambil tu, tengok - tengoklah jari tu, kalau jari nak membiru tu, buka penyepit.. InsyaAllah sakit kurang.. kalau sakit kembali, ulang benda yang sama.. tapi jangan lupa, minum segelas air selepas tu..

Alhamdulillah sakit ilang.. Nak gosok gigi sudah mudah.. bengkak saja belum surut, kadang - kadang je terasa ngilu.. Terima kasih ayahanda..  

Tuesday, 21 March 2017

Mengatasi Masalah Berdengkur | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 26 FEBRUARY 2017

Beberapa tahun dahulu, seorang hamba Allah yang segar bugar mengejutkan ramai rakan dan kenalan kerana meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta terkemuka bagi mengatasi masalah berdengkur waktu tidur. Ada cara lain yang lebih selamat dan menyelamatkan wang ringgit iaitu dengan memicit pergelangan ibu jari sebelum tidur atau waktu lain. Kaedah ini juga mampu mengatasi masalah sakit leher (susah berpaling).

Sunday, 5 March 2017

Seri Wajah & Kesihatan Umum | Kaedah Reflexology


Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 5 MAC 2017
 
Saya harap gambar buruk ini dapat memberi manfaat kepada semua yang rajin memicit - micit muka dan kulit kepala semasa menonton tv atau duduk di tempat lain. Saya paparkan atas permintaan pelawat fb sebentar tadi.
 
 

Wednesday, 1 March 2017

Mengurangkan Sakit Gigi | Kaedah Reflexologi

Gusi bengkak, sakit tahap membunuh diri.. Siang tadi main telan je ubat sakit gigi cap graham (kahkah..) Kurang juga sakit, tapi telan dua tiga kali karang berbuih mulut pulak nanti..

Boleh lpula saya terlupa cara ni.. Ini kaedah reflexology, yang ayahanda pernah ajar.. 


Kalau sakit gigi geraham belah kiri, kepit 3 jari (hantu, manis & kelinking) belah kiri.. macam itu juga kalau di belah kanan.. Biarkan dalam sejam gitu. Jari akan sakit juga, kalau sakit sangat buka la kejap pengepit tu.. Lepas tu kepit balik.. InsyaAllah sakit akan kurang..

Sekarang pun, takdelah nak kata terus baik hilang sakit.. Tapi sekurang - kurangnya tak sesakit tadi.. Alhamdulillah.. Terima kasih ayahanda..

Saturday, 25 February 2017

Cara Mengatasi / Merawat Resdung | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 10 SEPTEMBER 2016

Resdung berpunca dpd alahan seperti makanan / minuman, kecemaran udara, debunga tertentu, jerebu, asap dan debu. Kurangkan pengambilan animal product seperti lemak daging dan susu yang diproses, sea food tertentu yang tidak fresh, dan lebihkan memakan buah - buahan dan sayuran terutamanya salad pelbagai sayur yang belum dimasak.

Lakukan senaman pernafasan dalam (melibatkan kembang kempis perut).

Setiap hari picit keseluruhan jari-jari kaki hingga ke daerah yang bertanda hitam. Beri lebih tumpuan kpd zone 2 dan 3. Elok juga picit dan tarik ke bawah cuping telinga, tekan dengan hujung jari telunjuk point dibawah hidung dan kiri kanan 'cuping hidung'.


Tuesday, 21 February 2017

Cara Mengatasi / Merawat Darah Tinggi / Tekanan Darah Rendah | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 20 AUGUST 2016

Untuk darah tinggi dan tekanan darah rendah kita boleh beri tumpuan memicit
titik-titik tenaga ( 21, 20, 33, 28, 27, 18, 13, 15, 18, 23, 11 ) seperti dalam gambar

Reflex / picit point 21, 20, 33, 28, 27, 18, 13, 15, 18, 23, 11

Sunday, 19 February 2017

Sayangilah anak dan diri anda melalui amalan reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 14 FEBRUARY 2017

Assalamualaikum

 Sayangilah anak dan diri anda melalui amalan refleksologi.

9 daerah penting di tapak tangan jika dipicit-picit 2 atau 3 kali seminggu, insya Allah, boleh membantu seseorang bertambah cergas dan mengatasi penyakit malas dan kelesuan.

Bagi orang dewasa ia baik untuk awet muda.

Kanak-kanak yang hyper active boleh berubah menjadi tenang dan yang lembab bertambah cergas.

Daerah berkenaan saya susun menurut kaedah/turutan rawatan ( 33, 35, 36, 38, 28, 18, 43, 13, 15 )

Insya Allah.

Reflex / picit poitn 33, 35, 36, 38, 28, 18, 43, 13, 15

Cara Mengatasi / Merawat Masalah Tenaga Batin dan Kemandulan | Kaedah Reflexology

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 28 AUGUST 2016

Ada beberapa sahabat meminta saya tunjukkan kaedah mengatasi masalah tenaga batin dan kemandulan termasuk menopause. Saya tak berani memberi panduan secara pasti. Jika Allah izinkan insyaAllah boleh berjaya. Cuma memerlukan kesabaran sedikit. Sama ada lelaki atau perempuan sama sahaja kaedahnya, dan saya tunjukkan nombor nombor kedudukan titik tenaga yang perlu dipicit -

1) Semua kelenjar ( 33, 28, 18, 15, 39, 43)

Reflex / picit point 33, 28, 18, 15

Reflex / picit point 43
Reflex / picit point 39

2) Organ peranakan dan alat kelamin ( 2, 39, 41, 43 )

Reflex / picit point 2, 39, 41
Reflex / picit point 2, 43

3) Liver ( 1 )

Reflex / picit point 1
Reflex / picit point 1

4) Diafram dan solar plexus ( 20, 21) 


Reflex / picit point 20, 21

5) Reflex points tulang belakang ( 49 )


Reflex / picit point 49

6) Otak ( 35, 38 ) 


Reflex / picit point 35, 38

Saturday, 18 February 2017

Cara Mengatasi / Merawat Asthma | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 5 AUGUST 2016

Oleh kerana ada beberapa orang bertanya tentang reflex points bagi asthma saya bentangkan di sini untuk faedah ramai.

Tekan point di nombor 21, 25, 26, 8, 18 melibatkan sudu hati , dada , saluran pernafasan, injap perut dan adrenal.

Picit juga lekuk antara tulang depan bahu dan dua titik di kiri kanan tulang belakang
kira kira separas dgn bahu.

Kesannya mungkin memakan masa. Saya sendiri lebih kurang 6 bulan.

reflex / picit point 21, 25, 26, 8, 18

Cara Mengatasi Gout | Kaedah Reflexologi

 Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 6 AUGUST 2016

Gout berpunca daripada pengumpulan uric acid di sendi sendi kaki kerana berlebihan mengambil makanan berprotin tinggi . Tindakan berikut dengan izin Allah mungkin dapat mengatasinya -

1) Jangan sekali - kali membenar sesiapa mengurut bahagian sendi yang di serang.

2) Elakkan atau sekurang kurangnya kurangkan pengambilan makanan berprotin tinggi seperti daging, sea food , susu dan keju. Cuba amalkan minum jus buahan dan banyak makan salad / ulam mentah seperti timun, daun belalai gajah, daun sadri da n lain - lain.

3) Ada orang kata blend sebiji nenas, suku kg lobak putih dan tiga biji buah keras.


4) Reflek/ picit point 11, 7, 6, & 13 di kedua - dua tapak kaki ( lihat gambar di bawah )


Reflex / picit point 11, 7, 6 & 13

5) Picit juga counter part di tangan. Contohnya kalau gout berlaku di sendi ibu kaki kiri urut sendi ibu jari tangan kiri. 
(Kaedah zone therapy yang di perkenalkan oleh Dr William H. Fitzgerald seorang pakar ENT yang hidup di hujung kurun 19 hingga awal kurun 20.

Thursday, 16 February 2017

Cara Mudah Merawat Buasir (haemorhoid) | Kaedah Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 28 JULY 2016

Cara mudah merawat buasir ( haemorhoid)

Cari dan picit point rectum di sisi sebelah dalam tumit. Picit juga point lumber/ spine, urat keting di belakan buku lali dan keseluruhan zone usus yang letaknya dari tengah tapak kaki hingga ke sempadan tumit. Lebihkan amalan memakan makanan banyak serat (buah-buahan / sayuran) dan kurangkan makan animal produk, masakan pedas dan makanan berminyak. Rajin minum jus buahan dan sayuran. Insya Allah tak perlu dibedah kecualilah kalau dah teruk sangat .

Berhenti Merokok

Anda atau kenalan anda nak berhenti merokok? Dengan niat ikhlas kerana Allah, cuba lakukan seperti berikut:-

1) Picit tiap tiap hujung jari. Gunakan ibu jari dan ruas tengah jari telunjuk. Perokok biasanya terasa pedih menyengat apabila hujung jarinya dipicit. Itu tandanya anda telah melakukannya dengan betul, dan tenaga letrik yang dihantar melalui hujung saraf berkenaan mula bertindak membersihkan sel sel otak yang telah dicemari oleh nikotin dari asap rokok.

2) Tekan dengan hujung ibu jari secara menegak keatas permukaan bahagian tapak tangan di bawah pangkal jari. Ini bertujuan membersihkan kecemaran yang telah menyelaputi rongga paru paru.

3) Ketika perut kosong (terutamanya sebelum sarapan dan sebelum tidur) lakukan "deep breathing". Tarik nafas panjang panjang hingga gelembung bahagian anggota perut. Dua sa'at berikutnya, kempiskan perut secara mengejut dan berombak berturutan 4 atau 5 kali meletuskan keluar udara kotor dari paru paru. Lakukan 3-5 kali setiap sesi.

4) Sentisa bawa bekal tablet vitamin C yang yang dirumuskan dari bahan tumbuhan. Jangan beli yang murah. Rokok lagi mahal. Belilah yang berkualiti walaupun mahal sedikit. Apabila terasa nak merokok, hisap sebiji Bio C untuk hilangkan ketagihan.

5) Amalkan makan buah buahan dan sayuran/ulaman setiap hari. Lebih banyak lagi baik.
InsyaAllah hasilnya berkesan dalam tempoh tak lebih 3 bulan tanpa kesan sampingan yang sering ditakuti.

Petua Untuk Berhenti Merokok | Urutan Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 28 JUNE 2015

Untuk berhenti merokok :
1) Niat hendak berhenti kerana Allah
2) Picit semua hujung jari untuk bersihkan selaput candu asap rokok di otak.

picit semua hujung jari untuk bersihkan selaput candu asap rokok di otak

3) Picit daerah seinci di bawah pangkal jari

picit daerah seinci di bawah pangkal jari
 Selamat mencuba.. :)

Wednesday, 15 February 2017

Cara Mengatasi Masalah Batu Karang | Urutan Reflexologi

Dari facebook ayahanda Syed Alwi bertarikh 5 JUNE 2015

Ada sahabat bertanya ada ke cara mengatasi masalah batu karang. Tapi saya tak pasti maksudnya - sama ada kidney stone atau gall stone. Batu karang di buah pinggang perlu picit point melibatkan adrenals, kidney dan ureter tube(18, 11&7). Gall stone ( karang hempedu) melibatkan liver, gall bladder, thyroid, solar plexus&diaphragm(13, 14, 28, 21&20)